Wednesday, March 30, 2011

Rawr! : Web browser apakah yang anda gunakan ?

            Assalamualaikum dan selamat pagi kengkawan ! Haa , harini aku rajin sikit

nak mengupdate blog nie pada pagi2 nie. Nak kata pagi pun takla pagi sangat. Fuhh!,

rasa malas jugak kadang2, camnilah , malas siket. Dah lame aku tak update blog, dah

jadik malas. Haha. Aku nak update bukan sebab ape. Sebab blog aku pun masih

kosong lagi. Aku pun bukan banyak sangat idea nak tulis2 nie. Sekarang nie aku

boleh dikatakan sebok jugak aar. Semalam jer , gara2 fesbuk nyer fasal, aku hampir2

tak tido semalam! Fuhh! , teruk2.


           Okelah , kite berbalik kepada topik yang asal. Haa , korang sume nih dok

berinternet mestila menggunakan web browser kan ? Fuhh, kalau tak camne korang

nak melayari internet. Haha. Oke , web browser korang pulak mesti tak same kan?

Eh, korang mane la nak tawu. Tapi , aku yakin memang berbeze2 web browser yang

korang gunakan. Kalau korang sume menggunakan web browser yang same, fuhh!

tu memang kebetulan yang sangat besar aah.


         Harini aku nak cadangkan beberapa web browser yang korang patut gunakan.

Web browser nih ade banyak sebenarnye , ade yang laju ade yang banyak kegunaan

dan banyak lagi kelebihan tersendiri. Haa, korang bacalah sendiri kat bawah nih. Kalau

korang rase berminat nak cube, korang bolelah try download, free jer pun . Mari kita

same2 tengok apekah antara yang dicadangkan . Rawr !


Mozilla Firefox     



               Mozilla Firefox nie tentu korang biase dengar kan ? Ianya ialah web

browser yang mempunyai ramai pengguna. Memang ramai yang menggunakan Firefox

nih. Mozilla Firefox ini pada asalnya bernama Pheonix dan ditukarkan kepada Firebird

diatas isu trademark yang hampir sama namanya dengan sebuah syarikat , Pheonix

Technologies. Penukaran kepada Firebird pula memberi respon kepada sebuah syarikat

database software project, iaitu Firebird juga namanya. Semasa 9 Febuari 2004 ,

Mozilla Firebird akhirnya menukar nama kepada , Mozilla Firefox . Ia mempunyai

banyak kelebihan antaranya ialah , banyak add ons yang boleh digunakan , banyak

kelebihan tambahan dan boleh menukar tema warna dan corak . Kelajuannya pula

ok , tidak terlalu lembab dan lambat.

p/s : Sekarang , firefox berwajah baru taw :)

Jika berminat anda boleh download disini :

Firefox 4 : Click Sini  LATEST !


Google Chrome


               Haa , yang nie yang aku tunggu2 . Sebab, aku gune yang ni lah , Google

Chrome. Google Chrome nie ialah nama yang tidak asing lagi. Tentu korang pun

tahu kan ? Ape yang pasti kengkawan ,  memang best arh ! Sekali cube memang

tak tukar ! Haha . Tapi memang serious best , dengan lajunye , fungsi pun banyak .

Google Chrome nie kengkawan , baru jer kuar, tak lame. Ala baru jer lebih kurang

dalam 2 tahun lepas, haa baru lah kire . Dilancarkan pada 2 September 2008 .

Sebenarnye kengkawan , Google Chrome nie boleh digunakan dalam 50 bahasa ! haa .

Google Chrome nie jugak telah digunakan secara meluas, ramai lar tuh yang minat.

Ramai orang mungkin meminati Google Chrome nie atas kelajuannya yang salaju

cahaya (ceh !) Mane ade selaju cahaya , sakadar laju jea .haha .Sume korang

mau caye ker. haha .

p/s : Korang mesti try yang nih !

Kalo berminat , boleh download sini :

Google Chrome : Click Sini


Internet Explorer


            Haa, yang nie pulak namanya Internet Explorer ( IE ). Internet Explorer

nie selalu memang dah siap sedia dalam Windows XP. Jadi, kalau korang gune

Windows XP , berkemungkinan korang pernah gunekan web browser yang nih.

Internet Explorer nih kire dah tua la sebab ianya telah lama dikeluarkan iaitu pada

tahun 1995. Fuhh! lama tuhh. Ianya mula digunakan secara mengembang pada tahun

1999. IE menjadikan warna biru sebagai tema warnanya. IE kini telah sampai ke

versi yang ke 9. Banyak jugak versinya, almaklumlah, dah tua, umo pun meningkat,

haha . Yang nie pun kira ok la dari takde langsung tuh. Security pun bagus , tak

lembab sangat macam yang tak ber brand tuh . Haha . Ape2 pun kalau nak tawu

korang boleh mencube.

Berminat ? boleh dapatkan kat sini :

Internet Explorer 9 : Click sini


           Haa. Dah puas bace kat atas tuh ? kalo tak puas korang bacela sampai

terkuar bijik mate pun takpe . Aku tak kesah pun , asalkan korang sanggup singgah

kat blog yang tak seberapa aku nih. Haa , ape2 pun cadangan dah diberi , cume

bergantung pade koranglah nak tuka ke tidak. Bagi yang nak download tuh , korang

buat la pilihan terbaek ea ! . Tapi ,bagi korang yang rase buat pilihan yang salah ,

jangan risau , korang boleh uninstall balik yang korang download dan install tuh.

Owh yaa , sebelum aku lupa ,baek aku bagitahu korang siap2 . Semua download

adalah free ! haha . Aku tanggung . Eh , dah bagitawu la awal tadi , hurm takpela

ape salahnya mangulang semula .

Haha . Okay lah , buat pilihan yang terbaeekkk yawr .

Assalamualaikum ..

Rawr !



♪       ♫       ♪       ♫      ♪      ♫      ♪      ♫      ♪      ♫      ♪      ♫      ♪ 



0 Yang Melatah:

Post a Comment