Friday, February 3, 2012

Cara Install Tulisan Jawi (no software)



      Tulisan jawi amat diperlukan terutama bagi guru-guru yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium untuk membuat soalan peperiksaan dan kepada mereka yang menggunakan tulisan jawi. 


       Actually, aku pun baru je try benda ni.Mula-mula tu best jugak.So, pada kali ini, aku nak ajar korang pulak cara yang paling mudah untuk install tulisan jawi tanpa sebarang software. Paling penting korang menggunakan Windows tidak kira XP, Vista atau 7. Step-stepnya pun hanya ada 7 sahaja.


Langkah-langkah install tulisan jawi.
Step 1. Klik start dan klik pada Control Panel.
Step 2. Seterusnya, Klik Region and language.
region and languange
Step 3. Dibahagian tab, klik Keyboards and Languages.
Step 4. Terdapat dua bahagian yang perlu kita buat ialah klik pada Change Keyboards.
region and languages
Step 5. Kemudian akan terpapar satu lagi paparan. Anda hanya perlu klik Add dan cari Arabic (Saudi Arabia). Setelah itu, klik ikon “+” pada Keyboards dan Other. Tick pada bahagian yang aku tunjukkan di gambar ini. Kemudian, klik OK.
add input language
Step 6. Seterusnya, korang perlu tekan button Apply dan OK.
Step 7. Setelah siap, lihat dibahagian sebelah tray. Klik pada ikon tersebut dan akan terpapar pilihan tulisan. Untuk mengaktifkan penggunaannya, korang perlu klik pada tulisan yang korang mahukan dan terus boleh guna.
tray
Selepas ini, korang boleh mencuba semua jenis tulisan dengan mengikut langkah-langkah yang aku tunjukkan. Kepada yang menggunakan tulisan jawi, selepas ini korang boleh beli sticker khas jawi atau buat sendiri.

p/s: kalau korang nak sekali dengan baris seperti kasroh, fathah atau dhommah, boleh la klik shift lepastu klik je apa apa huruf.okayy.

0 Yang Melatah:

Post a Comment